Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PT3 dan PMR 2020



Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PT3 dan PMR 2020|ADAKAH anda calon lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)? Apakah senarai jawatan kerajaan bagi lulusan PT3 dan PMR? Perhatian buat lepasan PT3 yang berminat memohon kerja di sektor perkhidmatan awam. Berikut dikongsikan senarai jawatan kosong kerajaan 2020 yang ditawarkan untuk pelajar lepasan PT3 dan PMR.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PT3 dan PMR 2019

Sedia maklum, permohonan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Borang SPA8i.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PT3 dan PMR 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai jawatan kerajaan yang boleh dipohon untuk pelajar lepasan PT3 dan PMR:

1. Bentara Parlimen Gred N11
2. Operator Loji Gred H11
3. Pemandu Kenderaan Gred H11
4. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
5. Pembantu Awam Gred H11
6. Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
7. Pembantu Operasi Gred N11
8. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
9. Pengawal Keselamatan Gred KP11
10. Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
11. Penghantar Notis Gred N11

Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan PT3/ PMR

Bagi tujuan pelantikan perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Pentaksiran Tingkatan 3/ Penilaian Menengah Rendah perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

◾Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
◾Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan.
◾Lulus Pentaksiran Tingkatan 3 atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Jawatan Kosong Kelayakan SPM 2020
Semoga perkongsian Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PT3/ PMR 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.