Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 MTD

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 MTD|APAKAH syarat terkini kemasukan ke MTD? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga (3) yang berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD) ambilan 2020/2021. Untuk makluman anda, permohonan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MTD. Berikut dikongsikan syarat terkini kemasukan ke MTD buat rujukan anda.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 MTD

Sedia maklum, Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dibawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan beserta dengan latihan ketenteraan.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 MTD

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan syarat kemasukan MTD sesi 2020/2021 yang meliputi syarat am dan syarat fizikal:

A. Syarat Am & Akademik MTD

1. Warganegara – Malaysia
2. Jantina – Lelaki.
3. Mendapat keputusan PT3 2018 (tahun semasa) – sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)
4. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kokurikulum iaitu sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.

B. Syarat Fizikal Kelayakan MTD

1. Tinggi Minimum – 152 cm

2. Berat Minimum – 40.5 kg

3. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27

4. Ukuran Dada – 74 cm (normal) dan 79 cm (tarik nafas)

5. Penglihatan –  Baik dan tidak rabun warna atau buta warna (jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).

6. Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak sakit kronik dan tidak penyakit berjangkit

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera
Maktab Tentera Diraja
No. Tel: 03 - 89465562/ 5565
Laman FB: 👉 https://www.facebook.com/RoyalMilitaryCollege/

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2020/2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.