Cara Daftar JPJeBid 2022 (Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan)



Cara Daftar JPJeBid 2022 (Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan)|BERITA baik buat anda yang ingin membuat bidaan plat nombor kenderaan secara online. Untuk makluman anda, pendaftaran sistem bidaan plat nombor kenderaan JPJeBid 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi JPJeBid. Berikut dikongsikan cara daftar sistem bidaan plat nombor kenderaan secara online buat rujukan anda.

Cara Daftar JPJeBid Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan

Sedia maklum, JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia telah memutuskan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan dilaksanakan pada 15 April 2019. Pelaksanaan JPJeBid akan dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.

Cara Daftar JPJeBid 2022 (Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar JPJeBid sistem bidaan plat nombor kenderaan secara online termasuk cara login dan semakan status:

Pendaftaran JPJeBid 2022 Online

1. Sila layari Portal Rasmi JPeBid secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid

2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Syarikat di ruangan disediakan.

3. Klik 'Saya Bukan Robot' di ruangan reCAPTCHA.

4. Kemudian, klik pada butang 'Semak'.

Kategori Layak Mendaftar Portal JPJeBid

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:

i) Individu:
Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

Syarat Pendaftaran Portal JPJeBid

1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Cara Daftar JPJeBid Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan


Penentuan Harga Bidaan Dikira

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah:

Kategori                 Harga             Kenaikan
                           Minima (RM)       Bidaan
                                                     Minima (RM)

Nombor Bernilai   20,000.00      1,000.00
Utama
Nombor Menarik  3,000.00          150.00
Nombor Popular     800.00            40.00
Nombor Biasa          300.00            15.00

Cara Daftar JPJeBid Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan

Kaedah Pembayaran Bidaan Plat Nombor Kenderaan

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan (Local Creadit Card Issuer) sahaja.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

i) Bahagian Perlesenan Kenderaan Ibu Pejabat Putrajaya
Telefon : 03-8892 1186/1476/1456
ii) Customer Care & It Support
E-mel : aduan.jpjebid@jpj.gov.my
iii) Mana-mana kaunter JPJ yang berdekatan

Semoga perkongsian Cara Daftar JPJeBid Sistem Bidaan Plat Nombor Kenderaan ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.