Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 Online



Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 Online|ANDA ingin melanjutkan pengajian ke IPTA di Malaysia? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Pahang bagi tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 bakal dibuka secara online pada 17 Mei 2019 hingga tarikh tutup 10 Jun 2019 melalui Laman Web Rasmi Yayasan Pahang.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2019 Online

Sedia maklum, Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Yayasan Pahang beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Yayasan Pahang melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.yp.org.my

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang 2020

Antara syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 adalah seperti berikut:
 
1. Anak negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang Darul Makmur perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
 
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.

3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:

i. PERINGKAT SARJANA & KEDOKTORAN

a. Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
b. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon mengikuti pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal.
 
ii. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS

a. Diploma di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills).
b. Diploma atau diploma lanjutan di Politeknik.
c. Diploma di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
d. Diploma di UniKL bagi kursus-kursus yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
e. Diploma di DRB-Hicom University Of Automotive Malaysia (DHUAM)
f. Diploma di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
g. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (tahun pertama) seperti berikut:
- Farmasi
- Kejuruteraan & Teknologi
- Ekonomi & Kewangan Islam
- Pelancongan & Warisan
- Pertanian & Industri Halal
- Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
- TESL
h. Bagi kategori ini, pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi dan STPM dengan cemerlang.
i. Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2019 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

No. Tel: 09 - 5181800
Emel: ypahang@yp.org.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.