Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 Online (D-Hati)



Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 Online (D-Hati)|BERITA baik buat anda yang menetap di Negeri Terengganu yang ingin membuat permohonan Skim Dana Prihatin Terengganu (D-Hati) bagi tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Laman Sesawang YPU atau di Pejabat Pentadbiran YPU.

Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 Online (D-Hati)

Antara aktiviti yang ditawarkan geran adalah bagi semua sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia. Tujuan Skim Dana Prihatin Terengganu diwujudkan bagi membantu usahawan OKU tempatan mengembangkan perniagaan.

Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 Online (D-Hati)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 beserta syarat kelayakan permohonan dan senarai dokumen diperlukan:

Cara Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019

1. Dapatkan borang permohonan geran daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my) atau di Pejabat Pentadbiran YPU.

2. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.

3. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.

4. Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20% kepada pembekal.

Syarat Kelayakan Dana Prihatin Terengganu 2019

Antara syarat dan kriteria kelayakan Dana Prihatin Terengganu 2019 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 60 tahun dan mestilah bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Pemegang Kad OKU Sahaja.

5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.

6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.

7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.

Ciri-Ciri Geran

◾Jumlah Geran: Sehingga RM5,000.00
◾Konsep Geran: 80% YPU – 20% Usahawan

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

1. Borang permohonan yang lengkap diisi.

2. Salinan kad pengenalan dan kad OKU Pemohon.

3. Gambar pemohon berukuran passport.
Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan borang A & D (jika berkaitan).

4. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.

5. Lakaran pelan lokasi premis.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran
21100 Kuala Terengganu
Tel : 09-6242424 Fax : 09-6248932

Selamat membuat Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.