Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020 Online (DUIT)



Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020 Online (DUIT)|BERITA baik buat warga Negeri Terengganu Darul Iman dan yang menjalankan perniagaan di sekitar Negeri Terengganu. Untuk makluman anda, permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT) 2020 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi YPU.

Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2019 Online (DUIT)

Sedia maklum, objektif Skim Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT) diwujudkan adalah bagi membantu peniaga-peniaga kecil serta industri mikro.

Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020 Online (DUIT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan dan senarai dokumen diperlukan:

Syarat Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020

Antara syarat dan kriteria kelayakan Dana
Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.

5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.

6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.
Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.

Aktiviti/ Perniagaan Yang Ditawarkan Geran

1. Peniaga dan Penjaja Kecil
2. Peniaga Tepi Jalan (Berlesen)
3. Berdaftar dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja
4. Usahawan Industri Mikro

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan Pemohon.
2. Gambar pemohon berukuran passport.
3. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan borang A & D (jika berkaitan).
4. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Dana Prihatin Terengganu 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran
21100 Kuala Terengganu
Tel : 09-6242424
Fax : 09-6248932

Selamat membuat Permohonan Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu 2020 secara online!

1 comment:

Powered by Blogger.