Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 (Cara Pengaktifan)



Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 (Cara Pengaktifan)|BERITA baik buat warga negeri Perak Darul Ridzuan yang ingin membuat permohonan Kad Perak Prihatin. Untuk makluman anda, permohonan Kad Perak Prihatin 2019 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web www.perakprihatin.com. Berikut dikongsikan cara permohonan dan pengaktifan Kad Perak Prihatin secara online buat panduan anda.

Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 (Cara Pengaktifan)

Sedia maklum, Program Kad Perak Prihatin ini merupakan inisiatif yang diberikan kepada golongan miskin, miskin tegar dan berpendapatan rendah. Penerima Kad Perak Prihatin akan menikmati dua manfaat iaitu jumlah perbelanjaan barang keperluan asas sebanyak RM80 sebulan dan RM300 bagi perbelanjaan perubatan setahun dimana-mana klinik panel terpilih.

Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 (Cara Pengaktifan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan beserta cara pengaktifan dan manfaat Kad Perak Prihatin:

Cara Pengaktifan Kad Perak Prihatin

1. Pengaktifan Menerusi Atas Talian
    (Online)

◾Sila layari https://www.perakprihatin.com dan klik 'Pengaktifan Kad'.

2. Pengaktifan Menerusi SMS

◾WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR) dan Hantar ke 33555

3. Pengaktifan Menerusi Pusat Panggilan
    (Call Centre)

◾Sila hubungi  Pusat Khidmat Pelanggan Perak Prihatin di talian 1800-22-6000 atau emel ke admin@selcare.my

Fungsi Melalui SMS

Berikut adalah antara fungsi melalui SMS Kad Perak Prihatin:

A. Penukaran PIN

WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN LAMA<jarak>PIN BARU dan Hantar ke 33555

B. Reset PIN

WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO. CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN BARU dan Hantar ke 33555

C. Semakan Baki

WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN dan Hantar ke 33555

Cara Penggunaan Kad Perak Prihatin

Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 (Cara Pengaktifan)

Manfaat Kad Perak Prihatin

Berikut adalah manfaat Kad Perak Prihatin:

A. KESIHATAN

1. Had pembiayaan setahun berjumlah RM 300

2. Had gunaan setiap kali rawatan rawatan berjumlah RM 50

3. Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas

4. Kad Kad Perak Prihatin akan diberi kepada penerima utama yang layak

B. MAKANAN

1. Satu Kad Perak Prihatin akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak

2. Had bulanan pembelian barangan asas berjumlah RM 80

3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)

4. Kad Perak Prihatin boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

5. Kad Perak Prihatin akan ditambah nilai ke tahap RM 80 setiap bulan secara automatik
KLIK 👉 SENARAI BARANGAN

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Perakku Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

No. Tel: 1800-22-6600
Emel: info@perakprihatin.com
Web: https://www.perakprihatin.com

Selamat membuat Permohonan Kad Perak Prihatin 2019 secara online! Semoga anda berjaya menjadi penerima Kad Perak Prihatin!

2 comments:

  1. mcm mna nk daftar untuk permohonan baru

    ReplyDelete
  2. Sy ada daftar utk ayah sy tp says lips pin.. Boleh tak reset blik pin tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.