Permohonan Rumah DBKL 2020 Online



Permohonan Rumah DBKL 2020 Online|ADAKAH anda ingin memiliki rumah DBKL? Berita baik buat anda yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mempunyai pendapatan kurang RM 4,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah DBKL 2020 boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan atau secara atas talian (online) di Laman Web ePerumahan DBKL.

Permohonan Rumah DBKL 2019 Online

Permohonan Rumah DBKL 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Rumah DBKL beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar sewa:

Cara Permohonan Rumah DBKL 2020 Online

1. Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan atau secara ‘online’ di menu Muat Turun.

2. Semakan permohonan menyewa rumah boleh dibuat di talian 03 - 2617 6158.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah DBKL 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Permohonan Rumah DBKL adalah seperti berikut:

◾Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
◾Telah berkahwin
◾Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
-Tidak melebihi RM3,000.00 untuk Kos Rendah
-Tidak melebihi RM4,000.00 untuk Kos Sederhana
◾Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
◾Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti

Kadar Sewa

A. Perumahan Awam/PPR MTEN

◾Unit Studio - RM55.00
◾1 Bilik - RM 94.00
◾2 Bilik - RM 124.00
◾3 Bilik - RM 124.00
◾3 Bilik (Ubahsuai) - RM 218.00

B. Rumah Kos Sederhana Rendah

◾Gombak 2 - RM 320.00
◾Kuang & Kenari - RM 250.00
◾Seri Pangkor - RM 250.00
◾Seri Tioman 1 - RM 300.0

Selamat membuat Permohonan Rumah DBKL tahun 2020 secara online!

1 comment:

Powered by Blogger.