Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 (Januari & Julai)

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 (Januari & Julai)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Sukan Malaysia bagi tahun 2020? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan 2020. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan September 2019 menerusi Laman Web KPM.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 (Januari & Julai)

Sedia maklum, permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan https://spassm.moe.gov.my.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 (Januari & Julai)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 Online

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
KLIK 👉 https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kemasukan Atlet Ke Sekolah Sukan Malaysia 2020

Antara syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia 2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
5. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi.

B. Syarat Khusus

1. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​2. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.


Selamat membuat permohonan Sekolah Sukan Malaysia tahun 2020 secara online!

1 comment:

Powered by Blogger.