Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2022 (Januari & Julai)



Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2022 (Januari & Julai)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Sukan Malaysia bagi tahun 2022 bakal dibuka? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2022 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan September 2021 menerusi Laman Web KPM.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2020 (Januari & Julai)

Sedia maklum, permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan https://spassm.moe.gov.my.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2022 (Januari & Julai)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Sekolah Sukan Malaysia termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2022 Online

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
KLIK 👉 https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia 2022

Antara syarat kemasukan Sekolah Sukan Malaysia adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
5. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi.

B. Syarat Khusus

1. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​2. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Selamat membuat permohonan Sekolah Sukan Malaysia tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia!

5 comments:

  1. Kalau sye Bru umur 14 bole ke buat permohonan dgn Kadar segera

    ReplyDelete
  2. saya nak buat permohonan boleh tak

    ReplyDelete
  3. password tak ingat mcm mner yeee

    ReplyDelete
  4. Boleh kah klau sya membuat permohonan ,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.