Permohonan WPP PTPTN 2020 Online



Permohonan WPP PTPTN 2020 Online|ANDA ingin membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Perhatian buat pelajar yang ingin membuat permohonan WPP PTPTN bagi tahun 2020 secara online. Menerusi Portal Rasmi PTPTN, permohonan WPP PTPTN 2020 adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu samaada melalui Portal UPU atau IPT.

Permohonan WPP PTPTN 2019 Online

Untuk makluman anda, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan WPP PTPTN 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan WPP PTPTN 2020 Online

1. Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Syarat Kelayakan Permohonan WPP PTPTN

Antara syarat-syarat WPP adalah seperti berikut:

1. Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);

2. Warganegara Malaysia;

3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan

4. Tiada hutang WPP

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2020

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

Selamat membuat Permohonan WPP PTPTN 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran WPP PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.