Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online



Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online|ADAKAH anda membuat permohonan Rumah PPR? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) secara online. Untuk makluman anda, semakan status permohonan Rumah PPR boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang http://ehome.kpkt.gov.my.

Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online

Sedia maklum, Rumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Semakan Status Permohonan Rumah PPR secara online:

Cara Semakan Status Rumah PPR Online

1. Semakan status permohonan Rumah PPR boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/mobile

Syarat Kelayakan Permohonan PPR 2019

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah
    RM2,500 sebulan
◾Pemohon belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang
     ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

Berikut adalah ciri-ciri Rumah Program Perumahan Rakyat:

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis
     rumah bertingkat antara 5 hingga 18
     tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah
     teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700
     kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1
     Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat Semakan Status Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat secara online!

No comments

Powered by Blogger.