Semakan Status Rumah PPR 2023 Online (Setiap Negeri)



Semakan Status Rumah PPR 2023 Online (Setiap Negeri)|ADAKAH anda membuat permohonan Rumah PPR? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun 2023 secara online. Untuk makluman anda, semakan status permohonan Rumah PPR 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang http://ehome.kpkt.gov.my. Berikut dikongsikan Semakan Status Rumah PPR 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online

Sedia maklum, Rumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Semakan Status Rumah PPR 2023 Online (Setiap Negeri)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status Permohonan Rumah PPR Seluruh Negeri secara online:

Cara Semakan Status Rumah PPR 2023 Online

1. Semakan status permohonan Rumah PPR boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/mobile

Syarat Kelayakan Permohonan PPR 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
◾Pemohon belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

Berikut adalah ciri-ciri Rumah Program Perumahan Rakyat:

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PPR, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat Semakan Status Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.