Semakan WPP PTPTN 2019 Wang Pendahuluan Pinjaman

Semakan WPP PTPTN 2019 Wang Pendahuluan Pinjaman|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN secara online. Untuk makluman anda, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2019 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi PTPTN.

Semakan WPP PTPTN 2019 Wang Pendahuluan Pinjaman

Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.

Semakan WPP PTPTN 2019 Wang Pendahuluan Pinjaman

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2019:

Cara Semakan Status WPP PTPTN Online

1. Sila layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang 'Carian' untuk semakan.

Kaedah Menunaikan WPP PTPTN

Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP):

1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.

2. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

i. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.

ii. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Syarat Kelayakan Permohonan WPP

Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria seperti berikut:

i. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

ii. Pelajar adalah warganegara Malaysia.

iii. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam &  Politeknik.

iv. Tidak pernah menerima WPP.

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2019
👉 Permohonan WPP PTPTN 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

Selamat membuat Semakan WPP PTPTN 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.