Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019

Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Anak Emas Pulau Pinang bagi tahun 2019? Perhatian buat warga Negeri Pulau Pinang yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Anak Emas Pulau Pinang tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019 boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR.

Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019

Sedia maklum, setiap bayi yang didaftarkan dalam program Anak Emas akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off). Selain program Anak Emas Pulau Pinang, terdapat program atau bantuan lain yang ditawarkan seperti Warga Emas dan Ibu Emas buat pemohon yang layak.

Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Anak Emas Pulau Pinang beserta syarat kelayakan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019

1. Mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan didapati di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR.

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Syarat Kelayakan Anak Emas Pulau Pinang 2019

Antara syarat kelayakan Anak Emas Pulau Pinang 2019 adalah seperti berikut:

1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3. Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4. Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan

1. Salinan Sijil Kelahiran anak
2. Salinan MYKID
3. Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang
No. Telefon : 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064

Selamat membuat Permohonan Anak Emas Pulau Pinang tahun 2019 secara manual!

No comments

Powered by Blogger.