Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2022 Online (Tarikh Bayaran)



Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2022 Online (Tarikh Bayaran)|BERITA baik buat anda veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen yang tidak pernah memohon BHN dan anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan TTP iaitu sebelum/ pada 31 Disember 2019. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2022 boleh dibuat secara online atau melalui borang (manual) mulai 14 April 2019 hingga tarikh tutup 1 Oktober 2019. Berikut dikongsikan Permohonan BHN 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 Online

Sedia maklum, sejumlah 95,111 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima Bantuan Harapan Negara (BHN) berjumlah RM500 seorang mulai 27 Mei 2019 sebagai usaha berterusan kerajaan menjaga kebajikan golongan itu. Pembayaran bantuan peringkat pertama itu melibatkan peruntukan sebanyak RM47.5 juta kepada veteran berpencen dan tidak berpencen.

Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2022 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Harapan Negara beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan tarikh bayaran:

Cara Permohonan Bantuan Harapan Negara 2022

A. Secara Online

1. Permohonan BHN boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my.

2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan komputer dan browser dalam smart phone/ tab. Simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Tentera beserta Kod Pengesahan.

4. Klik pada butang 'Hantar'.

B. Melalui Borang (Manual)

1. Borang BHN 2019 boleh diperolehi secara percuma di lokasi berikut:
◾Portal Rasmi JHEV.
◾Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV ◾Cawangan Negeri / Persatuan Veteran ATM (PVATM).

2. Pemohon boleh menghantar Borang BHN di kaunter-kaunter berikut:
◾Ibu Pejabat JHEV.
◾Pejabat JHEV Cawangan Negeri.
◾Pejabat Persatuan-persatuan Veteran ATM.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Harapan Negara 2022

Antara syarat kelayakan Permohonan Bantuan Harapan Negara adalah seperti dibawah:

1. Veteran ATM,

2. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,

3. Bermastautin di Malaysia,

4. Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,

5. Perlu membuat permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:

6. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017; dan

7. Bakal Veteran ATM ( TTP sebelum/pada 31 Disember 2019).

8. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah (B40) dan tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Golongan Yang Layak Memohon Bantuan Harapan Negara 2021

Golongan pemohon yang perlu mengisi borang permohonan BHN adalah:-

1. Veteran ATM Tidak Berpencen yang tidak pernah memohon BBN pada tahun 2017 dan Bantuan SVTB1M 2013. (pemohon baharu).

2. Anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan iaitu TTP sebelum / pada 31 Disember 2019.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Pemohon perlu mengemukakan Borang BHN bersama dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Salinan MyKad / MyTentera.

2. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92)/Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat; atau Surat Pengesahan Perkhidmatan; atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).

3. Salinan Kad Bekas Tentera/Kad Veteran (jika ada).

4. Salinan buku akaun bank persendirian yang masih aktif (muka surat yang tercatat nama dan no. akaun sahaja) atau penyata akaun bank.

5. Salinan slip gaji bulanan terkini atau bukti pendapatan.

Tarikh Pembayaran BHN 2022

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan Harapan Negara

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

👉 Portal Rasmi BBN di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my
Atau:-
👉 Menghubungi JHEV di talian 03-26976600
👉 Hadir sendiri ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri

Selamat membuat Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) tahun 2022 secara online dan manual!

No comments

Powered by Blogger.