Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online

Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online|BERITA baik buat warga Johor yang menetap di Negeri Johor dan berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 boleh dibuat secara online mulai 16 Mei 2019 hingga 15 Ogos 2019 menerusi Laman Web Rasmi eRumah Johor.

Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online

Sedia maklum, terdapat TIGA jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini iaitu Rumah Komuniti Jenis A RM 42,000, Rumah Komuniti Jenis B RM 80,000 dan Rumah Komuniti Jenis C RM 150,000 - RM 220,000. Permohonan skim ini menawarkan sebanyak 434 unit dengan kategori Rumah Mampu Biaya B, harga berjumlah RM 80,000 dan keluasan lantai 850 KP.

Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Rumah Mampu Biaya Johor beserta syarat kelayakan permohonan dan ciri rumah:

Tarikh Penting Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019

◾Tarikh Dibuka: 16 Mei 2019
◾Tarikh Ditutup: 15 Ogos 2019

Cara Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online

1. Pemohon boleh layari Portal Rasmi eRumah Johor secara online menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://erumah.johor.gov.my/

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Biaya Johor 2019

Antara syarat kelayakan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 adalah seperti dibawah:

◾Warganegara Malaysia, menetap selama
     5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun
     ke atas
◾Berkahwin/Bujang layak memohon
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     RKR selama 5 tahun ke atas layak
     memohon rumah kedua
◾Hanya satu permohonan bagi pasangan
     suami/isteri
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon
     rumah kedua iaitu RMMJ
◾Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi
     Kedai Kos Sederhana Rendah
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     rumah kos sederhana/rumah mewah
     tidak LAYAK memohon
◾Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu
     Milik adalah SETAHUN dari tarikh
     pendaftaran

Ciri-Ciri Rumah Mampu Biaya Johor

Kategori Rumah: Rumah Mampu Biaya B
Harga Rumah: RM 80,000
Jenis Bangunan: Pangsapuri
Keluasan Lantai: 850 KP
Unit Yang Ditawarkan: 434

Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 Online

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
No. Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Selamat membuat Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.