Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2019 (Jauhar Prihatin)

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2019 (Jauhar Prihatin)|ADAKAH anda golongan berpendapatan rendah dan ingin memiliki rumah sendiri? Berita baik buat anda yang lahir dan menetap di Negeri Johor Darul Takzim lebih dari 10 tahun. Untuk makluman anda, permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) 2019 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi KPRJ.

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2019 (Jauhar Prihatin)

Sedia maklum, Skim Sewa Beli Hartanah Johor Jauhar Prihatin atau Rent To Own (RTO) ialah salah satu daripada inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Menerusi skim tersebut, pembeli berpeluang memasuki rumah menerusi sewaan selama lima tahun sebelum kediaman menjadi milik mereka. Kadar sewaan bulanan ditetapkan rendah iaitu RM260 sebulan bagi seunit.

Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2019 (Jauhar Prihatin)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan aplikasi permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin)

1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor

2. Borang Permohonan yang telah siap diisi boleh dihantar melalui pos atau datang
terus ke pejabat Generasi Takzim Sdn. Bhd. seperti alamat di bawah:-

GENERASI TAKZIM SDN. BHD
G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor.
Tel : +607 235 8377 Faks : +607 235 9377

Syarat Kelayakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin)

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) adalah seperti dibawah:

1. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun.

2. Berusia lingkungan 18 - 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;

3. Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut katogeri rumah yang dipohon);

4. Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah pertama;

5. Pemohon tidak muflis;

6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor

Dokumen Penting Yang Diperlukan

A. MAKLUMAT MENGENAI DIRI & KELUARGA

1. Salinan Photostat Geran Hakmilik individu
2. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pemohon
3. Salinan Photostat Sijil Perkahwinan
4. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pasangan
5. Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran anak-anak
6. Bukti alamat kediaman sekarang – (Salinan Bil telefon TM/Unifi, Bil TNB atau
Bil Air SAJ)

B. MAKLUMAT MENGENAI PENDAPATAN & PEKERJAAN

i) UNTUK PEKERJA YANG BERGAJI

1. Slip gaji terkini untuk 3 bulan yang telah disahkan oleh majikan
2. Penyata tahunan EPF
3. EA Form /EC Form / Borang J
4. Surat Pengesahan Majikan
5. Penyata bank gaji terkini untuk 3 bulan

ii) UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI

1. Salinan Photostat Kad Pengenalan
2. Surat SSM (Pendaftaran perniagaan)
3. Penyata bank terkini untuk 6 bulan jika perniagaan lebih setahun dan Penyata
bank bagi setiap bulan jika perniagaan kurang dari setahun.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2019
👉 Permohonan eRumah Johor 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

GENERASI TAKZIM SDN. BHD
G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor.
Tel : +607 235 8377
Faks : +607 235 9377

Selamat membuat Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor 2019 (Jauhar Prihatin) secara online!

No comments

Powered by Blogger.