Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019



Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Politeknik? Berita baik buat pelajar lepasan Diploma Lanjutan/ Diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Politeknik sesi September 2019. Untuk makluman anda, permohonan Sarjana Muda Politeknik sesi September 2019 bakal dibuka secara atas talian mulai 17 Jun 2019 hingga 14 Julai 2019.

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

Sedia maklum, permohonan ini dibuka buat pelajar lepasan Diploma Lanjutan & Diploma Politeknik sahaja. Permohonan kemasukan program Sarjana Muda Politeknik adalah percuma (tanpa no Unik ID).

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Sarjana Muda Politeknik beserta program dan syarat kemasukan:

Cara Permohonan Sarjana Muda Politeknik 2019 Online

1. Layari secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.politeknik.edu.my/eborangijazah/

Info Penting:
*Permohonan Program Sarjana Muda ini hanya dibuka kepada lulusan Diploma Politeknik KPM sahaja.

*Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada pelayan pangkalan.

*Permohonan tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda gagal diproses.

Senarai Program Ditawarkan Sarjana Muda Politeknik

Antara senarai program ditawarkan Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut:

1. Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian

2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti

3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian

5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian

6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

7. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi di:

Laman Web: ambilan.mypolycc.edu.my
No. Tel: 03 - 8888 3837

Selamat membuat Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.