Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar



Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar|ADAKAH anda ingin mendaftar sebagai pengundi pilihan raya? Perhatian buat anda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dan ingin menukar butiran maklumat secara atas talian (online). Untuk makluman anda, kini pendaftaran pengundi boleh dibuat secara online melalui laman sesawang MySPR Daftar.

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

Sedia maklum, pendaftaran pemilih yang dilaksanakan oleh SPR sebelum ini dibuat secara manual. Pengenalan inisiatif baharu cara pendaftaran pemilih juga dibuat selaras keputusan kerajaan yang baru sahaja meluluskan pindaan penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada 16 Julai yang lalu. Dengan kewujudan MySPR Daftar ini membolehkan rakyat Malaysia membuat pendaftaran pengundi secara online.

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pendaftaran Akaun MySPR Daftar secara online beserta syarat kelayakan pemilih dan cara hubungi:

Cara Daftar Akaun Baru MySPR Daftar Online

1. Untuk mendaftar akaun baru, anda perlu layari MySPR Daftar secara online menerusi pautan seperti berikut:

KLIK 👉 https://mysprdaftar.spr.gov.my/

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

2. Klik pada 'PERMOHONAN AKAUN BARU' untuk mendaftar akaun baru.

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

3. Pemohon akan dibawa ke Permohonan Akaun Pengguna.

4. Isikan segala butiran yang diperlukan termasuk memuat naik gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

5. Masukkan Captcha dan tandakan pada kotak pengakuan. Kemudian, klik HANTAR.

6. Satu Notifikasi akan diterima dan klik "PASTI".

Pengesahan Pendaftaran MySPR Daftar

1. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.

2. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.

3. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.

4. Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

5. Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Pengaktifan Akaun MySPR Daftar

a. Setelah pegawai SPR membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan
akan dihantar ke e-mel yang didaftar.

Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar

b. Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.

c. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini.

d. Tekan butang “MOHON TAC”. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan.

e. Masukkan No. TAC dan tekan butang “HANTAR”.

f. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.

Log Masuk MySPR Daftar

a. Masukkan No. Kad Pengenalan, Katalaluan, Captcha dan tekan butang
“LOG MASUK”.

b. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.

Syarat Kelayakan Pemilih Pilihan Raya

Antara syarat kelayakan pemilih pilihanraya adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas

3. Bermastautin dibahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan

4. Tiada halangan atau kehilangan kelayakan daripada undang-undang yang berkuatkuasa

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018
dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di
http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

Selamat membuat Pendaftaran Pemilih Pengundi Melalui MySPR Daftar secara online!

No comments

Powered by Blogger.