Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim tahun 2019 bakal dibuka? Berita baik buat yang lahir dan menetap di negeri Johor yang ingin membuat permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 boleh dibuat secara online mulai 7 Julai 2019 hingga 20 Julai 2019 menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online

Sedia maklum, permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim adalah terbuka kepada anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) sepenuh masa.

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019

◾Tarikh Dibuka: 7 Julai 2019
◾Tarikh Ditutup: 20 Julai 2019

Cara Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online

1. Sila klik link berikut untuk membuat permohonan:-

KLIK 👉 http://portal.ypj.gov.my

2. Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin (rujuk di laman web YPJ).

Syarat Kelayakan Biasiswa Sultan Ibrahim

Antara syarat kelayakan Biasiswa Sultan Ibrahim adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
7. Pengajian adalah sepenuh masa
8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
10. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.

B. Syarat Khusus Akademik

1) Peringkat Ijazah Sarjana

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

2) Peringkat Doktor Falsafah

- Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
- Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan Slip permohonan
2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
3. Salinan surat tawaran pengajian
4. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Tempoh Tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim YPJ

◾Ijazah Sarjana: 1 hingga 2 tahun
◾PHD: 3 hingga 4 tahun

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2019 Online

Cara Hubungi

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi di talian:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak: 07-2344434
Email: info@ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.