Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam negara? Panduan buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019 boleh dibuat secara online mulai 1 Julai 2019 hingga tarikh tutup 14 Julai 2019 melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019

Sedia maklum, program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.

2. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Kelayakan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2019

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.