Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 (Semakan Status)



Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 (Semakan Status)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam negara? Perhatian buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Program Dermasiswa B40 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 13 Julai 2020 hingga tarikh tutup 19 Julai 2020 menerusi Portal Rasmi JPA.

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019

Sedia maklum, Penajaan Program Dermasiswa B40 ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Program Dermasiswa B40 beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 13 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.

2. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Kelayakan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 2020 Online

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada bulan Oktober 2020.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Program Dermasiswa B40!

No comments

Powered by Blogger.