Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online



Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan MRSM Tingkatan 1 tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar UPSR 2019 yang berminat melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 ambilan 2020. Untuk makluman anda, permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 boleh dibuat secara online mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

Sedia maklum, permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 tahun 2020 turut akan dibuka pada tarikh yang sama.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan MRSM Tingkatan 1 beserta syarat kelayakan:

Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

A) Cara Mendapatkan Kata Laluan

Pemohon hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' (percuma) permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:

KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan

B) Cara Mengisi Borang Permohonan Online

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:

KLIK 👉 https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp


Syarat Umum Kelayakan Kemasukan MRSM

Antara syarat umum kelayakan kemasukan MRSM adalah seperti berikut:

◾Pemohon adalah warganegara Malaysia
◾Ibu atau bapa bapa warganegara Malaysia
◾Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
◾Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan MRSM

Antara syarat minimum dan kelayakan asas kemasukan MRSM adalah seperti berikut:

◾Memiliki sikap diri yang positif
◾Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
◾Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin
◾ Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2019
◾Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2019
◾Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
◾ Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di:

    ◾ Portal Rasmi MARA: www.mara.gov.my
    ◾ Facebook Page MARA: MARA
    ◾ Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03 - 26132000 sambungan 39070, 34494

    Selamat membuat permohonan MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2020 secara online!

    No comments

    Powered by Blogger.