Permohonan Sijil Perikanan 2022 Online (Jadual Kursus)



Permohonan Sijil Perikanan 2022 Online (Jadual Kursus)|BILAKAH tarikh permohonan Program Sijil Perikanan bagi tahun 2022 bakal dibuka? Perhatian buat lepasan SPM/ Setaraf yang berminat melanjutkan pengajian di Akademi Perikanan Malaysia dalam bidang Perikanan. Untuk makluman anda, permohonan Program Sijil Perikanan 2022 boleh dibuat secara online mulai bulan Ogos 2021 menerusi Portal Rasmi DOF.

Permohonan Sijil Perikanan 2019 Online

Sedia maklum, Akademi Perikanan Malaysia adalah sebuah institut latihan yang bukan sahaja menawarkan program latihan dan akademik perikanan, malah terdapat juga aktiviti penyelidikan yang dijalankan. Program ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.

Permohonan Sijil Perikanan 2022 Online (Jadual Kursus)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Sijil Perikanan beserta syarat kelayakan permohonan, program pengajian dan jadual kursus:

Tarikh Penting Permohonan Sijil Perikanan 2022

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Sijil Perikanan 2022 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi DOF secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://epengambilan.dof.gov.my/app/login

2. Sila daftar baru sebagai pengguna terlebih dahulu dengan klik pada butang ‘Daftar Permohonan Baru’.

3. Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan seperti Nama Penuh, no. Kad Pengenalan, Umur, Tarikh Lahir, Negeri Kelahiran dan sebagainya dengan lengkap.

4. Klik pada butang 'Seterusnya' dan isikan maklumat Keputusan Peperiksaan dan Pengalaman anda.

Syarat Kemasukan Sijil Perikanan 2022

Antara syarat kemasukan Program Sijil Perikanan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan).

2. Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
i. Lulus dalam Bahasa Melayu
ii. Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains

3. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.

4. Mempunyai sihat tubuh badan.

Maklumat Program Sijil Perikanan (Akademi Perikanan Malaysia)

A. PENGENALAN

a. Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.

b. Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.

c. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skill melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.

d. Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA.

B) PERSIJILAN DAN TEMPOH

Sijil Perikanan - 4 Semester (2 Tahun)

C) KEMUDAHAN

Antara kemudahan program yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:
i. Asrama penginapan disediakan
ii. Yuran pengajian adalah percuma
iii. Makan – minum ditanggung
iv. Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA v. Elaun Bulanan Pelajar sebanyak RM200.00 sebulan

D) LOKASI

Akademi Perikanan Malaysia - Chendering Kuala Terengganu

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi di:

Alamat Akademi Perikanan Malaysia

Pengarah
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu

Alamat Bahagian Pembangunan Latihan, Jabatan Perikanan Malaysia

Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 4, Podium 2, Block 4G2,
No. 30, Perisaran Perdanan, Presint 4,
62628 Putrajaya.
No. Tel: 03-8870 4601

Laman Web Rasmi DOF:
http://www.dof.gov.my @ http://epengambilan.dof.gov.my
Laman Web Rasmi APM:
https://www.dof.gov.my/apm.php

Selamat membuat Permohonan Sijil Perikanan tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Akademi Perikanan Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.