Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019



Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019|BERITA baik buat warga Negeri Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah boleh terus menikmati air percuma melalui pendaftaran antara 30 September 2019 hingga 31 Disember 2019. Untuk makluman anda, permohonan Air Percuma Selangor 2019 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.

Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019

Sedia maklum, tujuan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini. Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan. Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020, iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020.

Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi Permohonan Air Percuma Selangor beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019

A. Secara Online

1. Permohonan Air Percuma Selangor boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.

B. Secara Manual

1. Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

• Laman web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Syarat Kelayakan Permohonan Air Percuma Selangor

Mereka yang berkelayakan untuk memohon Skim Air Darul Ehsan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestillah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.

2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (pendapatan suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang).

3. Premis kediaman adalah meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah).
Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).

4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu (1) akaun / premis sahaja.

Selamat membuat Permohonan Skim Air Percuma Selangor 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat bantuan Air Percuma Selangor!

No comments

Powered by Blogger.