Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL 2019 Online



Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL 2019 Online|BERITA baik buat anda yang mempunyai pendapatan rendah dan miskin yang ingin membuat permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL. Untuk makluman anda, permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL boleh didapati mulai 20 Ogos 2019 di Kaunter Perkhidmatan atau secara atas talian (online) di Laman Web ePerumahan DBKL.

Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL 2019 Online

Skim Bantuan Sewa DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ini merupakan antara inisiatif yang diberikan oleh DBKL kepada golongan yang berpendapatan rendah, miskin serta tidak mampu membayar sewa rumah serta mempunyai tunggakan yang tinggi dan bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sedia maklum, DBKL menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan.

Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar sewa:

Cara Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL Online

1. Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan atau secara ‘online’ di http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/

Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL 2019 Online

2. Bagi yang belum pernah mendaftar akaun pengguna, anda boleh klik pada Daftar Pengguna Baharu.

3. Bagi yang mempunyai akaun, anda boleh Log Masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik pada butang 'Log Masuk'.

4. Semakan permohonan menyewa rumah boleh dibuat di talian 03 - 2617 6158.

Syarat Umum Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL

Antara syarat umum permohonan Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau isi tidak mempunyai pendapatan tetap atau berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 sebulan serta mempunyai tanggungan dan berada dalam kategori berikut :

◾Miskin Tegar: iaitu berpendapatan RM 580 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 140 ke bawah perkapita)
◾Miskin: iaitu berpendapatan RM 940 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 240 ke bawah perkapita)

2. Isi rumah atau penghuni menghidap penyakit kronik

3. Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai pendapatan

4. Penyewa atau pemohon merupakan penerima Bantuan Sara Diri daripada pihak kerajaan tetapi tidak menerima Bantuan Sewa Rumah

5. Penyewa merupakan penerima Bantuan Sewa Rumah tetapi tidak mempunyai sebarang tunggakan sewa rumah

6. Setiap permohonan perlu disertakan dengan resit terkini pembayaran tunggakan sewa serta baki tunggakan. Sekurang – kurangnya sebanyak 30% daripada jumlah tunggakan atau jumlah yang telah dipersetujui oleh pegawai bertugas di kaunter Rayuan Bayaran Tunggakan perlu dijelaskan oleh pemohon.

Kadar Sewaan

Kadar sewaan setiap unit yang ditawarkan oleh DBKL mempunyai kadar sewaan yang berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan. Kadar sewaan adalah seperti berikut :

A. Bagi Perumahan Awam / PPR MTEN :

Unit Studio – RM 55.00 sebulan
Unit 1 Bilik – RM 94.00 sebulan
Unit 2 Bilik – RM 124.00 sebulan
Unit 3 Bilik – RM 124.00 sebulan
Unit 3 Bilik (Ubahsuai) – RM 218.00 sebulan

B. Bagi Perumahan Kos Sederhana Rendah

- Perumahan di Gombak 2 – RM 320.00 sebulan
- Perumahan di Kuang & Kenari – RM 250.00 sebulan
- Perumahan di Seri Pangkor – RM 250.00 sebulan
- Perumahan di Seri Tioman – RM 300.00 sebulan

Maklumat Penting

👉 Panduan Permohonan

Selamat membuat Permohonan Skim Bantuan Sewa DBKL tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.