Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu|NANTIKAN drama terbaru yang juga merupakan adaptasi novel 'Demi Rindumu' hasil karya Diya Jamal bakal bersiaran mulai 7 Oktober di slot MegaDrama Astro Ria. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama. Drama 16 episod ini merupakan arahan Haris Fadilah dan terbitan dibawah Zamriez Golden Picture.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Demi Rindumu (Slot MegaDrama Astro) termasuk sinopsis dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Demi Rindumu

JUDUL : DEMI RINDUMU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 9:00 malam
SIARAN TV : MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Diya Jamal
PENGARAH : Haris Fadilah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Aleza Shadan, Mustapha Kamal

WATAK PELAKON:

Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Sherry Ibrahim sebagai Suraya

SINOPSIS:

Mengisahkan watak Nurhana (Janna Nick) yang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul (Norman Hakim) ingin berkahwin dengan Rania (Elvina Mohamad), gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Rania merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

No comments

Powered by Blogger.