Permohonan IKBN (ILKBS) 2020 Online



Permohonan IKBN (ILKBS) 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan ILKBS sesi 2020 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ambilan 2020. Untuk makluman anda, permohonan IKBN 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 Oktober 2019 hingga tarikh tutup 3 November 2019 menerusi laman sesawang eKampus KBS.

Permohonan IKBN (ILKBS) 2020 Online

Sedia maklum, ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan IKBN (ILKBS) 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan ILKBS meliputi IKBN, IKTBN & AKBG termasuk syarat kelayakan permohonan:


Tarikh Permohonan ILKBS Sesi 2020

◾Tarikh Permohonan: 1 Oktober 2019 hingga 3 November 2019
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://ekampus.kbs.gov.my/

Cara Permohonan ILKBS Sesi Januari 2020

1. Pemohon perlu layari Laman Web eKampus KBS secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ekampus.kbs.gov.my/

2. Isikan segala maklumat borang permohonan yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.

3. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon boleh log masuk ke dalam sistem eKAMPUS.

Senarai Program Yang Ditawarkan ILKBS

Antara senarai program yang ditawarkan di ILKBS adalah seperti berikut:

◾ Diploma MQA
◾ Sijil Kemahiran (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1-5
◾ Persijilan JKKP
◾ Persijilan Suruhanjaya Tenaga

Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi Januari 2020

1. Permohonan kemasukan sesi Januari 2020: 1 Oktober 2019 hingga 3 November 2019

2. Temuduga kursus: 13 November 2019

3. Semakan keputusan permohonan: 2 - 13 Disember 2019

4. Pengesahan terima/ tolak tawaran: 2 - 13 Disember 2019

5. Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2020: 6 Januari 2020

Syarat Kemasukan Permohonan ILKBS

Antara syarat kelayakan kemasukan ILKBS adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berusia diantara 18-30 tahun semasa memohon
3. Belum berkahwin atau bujang
4. Mempunyai tubuh badan yang sihat


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03 - 88713651 sambungan 3652, 3653, 3646 & 3685.

Selamat membuat permohonan ILKBS ambilan 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS!

No comments

Powered by Blogger.