Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Perempuan Tepi Jalan



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Perempuan Tepi Jalan|NANTIKAN drama terbaru yang juga adaptasi novel Perempuan Tepi Jalan karya Wardina Aisyah bakal disiarkan bermula 4 Oktober di Salam HD saluran 113, Unifi TV. Menampilkan pelakon seperti Nazeera Sardi, Hafreez Adam dan Fizz Fairuz. Drama ini diarahkan oleh Dyna Maryana dan terbitan dibawah A.Aida Production Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Perempuan Tepi Jalan

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Perempuan Tepi Jalan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Perempuan Tepi Jalan (Slot Unifi TV) termasuk sinopsis dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Perempuan Tepi Jalan

JUDUL : PEREMPUAN TEPI JALAN
TARIKH TAYANGAN : 4 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang / Ulangan jam 10 malam
SIARAN TV : Salam HD (Unifi TV)
PENULIS SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Dyna Maryana
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazeera Sardi, Hafreez Adam, Fizz Fairuz, Aida Khalida, Hanna Qistina, Wan Rania Humaira, Nafiez Zaidi, Shah Rezza, Faiz Tapaw, Lan Siro,

WATAK PELAKON:

Nazeera Sardi sebagai Maya Adriana
Hafreez Adam sebagai Ferdaus
Fizz Fairuz sebagai Datuk Rizlan

SINOPSIS:

Maya Adriana merupakan perempuan simpanan Datuk Rizlan yang leka dengan kemewahan dan hanyut dengan maksiat. Maya nekad untuk melarikan diri dan bertembung dengan Ferdaus dalam satu kemalangan. Sejak itu, Maya tinggal bersama untuk menjaga anak kembar Ferdaus yang juga seorang duda yang kematian isteri. Akhirnya mereka disatukan tetapi kisah silam masih menghantui Maya Adriana. Disaat cintai mulai bersemi, Datuk Rizlan muncul tanpa diduga.

No comments

Powered by Blogger.