Cara Login HRMIS 2.0 2021 Online



Cara Login HRMIS 2.0 2021 Online|PERHATIAN buat penjawat awam yang berkhidmat di pelbagai jabatan dan kementerian di seluruh Malaysia. Sedia maklum, Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia atau mudah dikenali sebagai HRMIS kini ditambah baik dengan kehadiran Sistem HRMIS 2.0. Berikut dikongsikan cara login masuk HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia buat rujukan anda.

Cara Login HRMIS 2.0 2020 Online

Untuk makluman anda, HRMIS merupakan sebuah laman portal yang diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melancarkan pengurusan dengan lebih sistematik. Sistem HRMIS digunapakai dan boleh diakses oleh semua penjawat awam kecuali yang berkhidmat di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Cara Login HRMIS 2.0 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi dan cara login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia secara online:

Aplikasi HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

1. Layari aplikasi HRMIS 2.0 secara online melalui pautan seperti berikut:

KLIK 👉 https://www.eghrmis.gov.my/

2. Klik pada ikon "APLIKASI HRMIS 2.0".

Cara Login HRMIS 2.0 2020 Online

3. Login dengan mengisi maklumat ID PENGUNA HRMIS dan KATA LALUAN yang disahkan. Klik pada butang "Hantar".

Cara Login HRMIS 2.0 2020 Online

4. Terdapat pelbagai pilihan yang disediakan. Anda boleh pilih salah satu submodul yang ingin diakses. Berikut adalah fungsi yang disediakan HRMIS 2.0 termasuklah:

◾ Pengurusan Cuti
◾ Pengurusan Gaji
◾ Pengurusan Persaraan
◾ Pengurusan Perubatan
◾ Pengurusan Pertukaran

5. Klik Log Keluar untuk keluar dari aplikasi HRMIS 2.0.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat berkaitan Aplikasi HRMIS 2.0, sila hubungi di:

Aras 3 - 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya Malaysia
No. Tel: 03 - 8321 1400
Emel: hrmis_helpdesk@jpa.gov.my

Semoga perkongsian Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia ini bermanfaat buat semua penjawat awam!

No comments

Powered by Blogger.