Permohonan KISAS 2020 Tingkatan 6 Online



Permohonan KISAS 2020 Tingkatan 6 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke KISAS tahun 2020? Perhatian buat anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 yang berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam (6) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ambilan 2020. Untuk makluman anda, permohonan KISAS 2020 dijangka dibuka secara online pada bulan November 2019.

Permohonan KISAS 2020 Tingkatan 6 Online

Permohonan KISAS 2020 Tingkatan 6 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan KISAS termasuk syarat kemasukan dan cara hubungi:

Cara Permohonan KISAS 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 Borang Permohonan KISAS

2. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui emel.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 26 Oktober 2019 ke alamat berikut :

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

Syarat Kemasukan KISAS Tingkatan Enam 2020

Antara syarat kemasukan Tingkatan 6 KISAS 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6 C

4. Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6 C

5. Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Al-Quran & As-sunnah memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik

6. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun ketika membuat permohonan.

7. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya jayyid jiddan Lulus ujian khas kelayakan  (temuduga).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai seperti di bawah:

1) Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat yusnidah.mahat@moe.gov.my 03-83217346

2) En. Fazrul Azman bin Haji Khairuddin azman.khairuddin@moe.gov.my 03-83217339

Selamat membuat permohonan KISAS Tingkatan Enam tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan KISAS!

No comments

Powered by Blogger.