Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020



Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020|ADAKAH anda ingin memiliki dan mempunyai rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri tetapi tidak penyata pendapatan bulanan dan hanya gaji bersih RM1,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 boleh dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan. Sedia maklum, Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menyediakan peruntukan RM70 juta menerusi skim Smart Mortgage-Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pada tahun pertama pelancarannya.

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) beserta syarat kelayakan dan cara hubungi:

Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. 
Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

5. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Institusi Kewangan Yang Terlibat

Affin Bank, Affin Islamic
Agro Bank
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
AmBank Group, AmIslamic Bank
Bank Muamalat
Bank Islam
BSN
Bank Rakyat
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic

Kriteria Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020

Antara kriteria kelayakan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas

2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.

3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.

4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.

5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.

6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.

7. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.

8. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my 

Selamat membuat Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tahun 2020! 

1 comment:

  1. Nak mohon macam Mana datang walk in ke boleh online

    ReplyDelete

Powered by Blogger.