Semakan Markah Kokurikulum Pelajar 2020 Online



Semakan Markah Kokurikulum Pelajar 2020 Online|APA itu sistem eMKOKO? Untuk makluman anda, eMKOKO merupakan sebuah sistem yang sistematik dan dibangunkan khas untuk para guru yang bertujuan merekodkan penilaian markah kokurikulum secara online bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM. Berikut dikongsikan Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online tahun 2020 buat rujukan anda.

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar 2020 Online

Sedia maklum, penilaian 10% markah kokurikulum ini adalah penilaian penting buat pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan UPUOnline. Kegiatan kokurikulum sekolah juga merupakan aktiviti luar bilik darjah merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab atau Persatuan serta Sukan atau Permainan.

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan markah kokurikulum pelajar tahun 2020 secara online:

Cara Semakan Markah Kokurikulum Pelajar 2020 Online

1. Anda perlu layari laman web secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Sistem eMKOKO KPM

2. Masukkan No. Kad Pengenalan Murid dan tekan pada butang 'SEMAK'.

Skema Pemarkahan Kokurikulum Pelajar

◾Tiada gred pemarkahan seperti dalam peperiksaan

◾Hanya ada markah dari 0 hingga 10 iaitu minimum adalah 0 dan maksimum adalah 10

Pengisian Markah Oleh Guru di PAJSK

◾PAJSK merupakan sebuah sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru mengisi maklumat yang merangkumi markah pentaksiran kokurikulum, sukan dan jasmani pelajar.

◾Ada 4 menu utama dalam sistem PAJSK iaitu Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru Penolong kanan Kokurikulum.

Semoga perkongsian Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online tahun 2020 ini memudahkan para pelajar membuat semakan!

No comments

Powered by Blogger.