Kemaskini dan Login APDM 2023 Online



Kemaskini dan Login APDM 2023 Online|BAGAIMANA cara login dan kemaskini akaun APDM? Perhatian buat anda yang ingin membuat pengemaskinian data dan cara login Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online. Berikut dikongsikan Cara Login dan Kemaskini APDM tahun 2023 secara online buat rujukan anda.

Kemaskini dan Login APDM 2020 Online

Sedia maklum, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau dikenali sebagai APDM adalah satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid (PM) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online. TERKINI: Untuk makluman, ibu bapa/penjaga semua dikehendaki membuat pengemaskinian maklumat profil murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 & PPKI bagi bantuan persekolahan untuk tahun 2023.

Kemaskini dan Login APDM 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Aplikasi Pangkalan Data Murid yang memaparkan cara login dan kemaskini APDM:

Cara Login APDM 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi APDM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://apdm.moe.gov.my/

2. Log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Klik pada butang 'Masuk' dan isikan maklumat kehadiran murid.

Cara Kemaskini Data APDM Sekolah 2023

1. Layari laman web SPS KPM secara online di pautan https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian, daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama). Selepas selesai daftar, sila "Login".

3. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang didaftarkan.

4. Klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

- Profil Anak Jagaan
- Alamat Anak Jagaan
- Maklumat Penjaga

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah fungsi-fungsi sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid:

1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.

4. Melakukan pindahan kelas.

5. Mengesahkan semua maklumat murid.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian 03-888 49 225.

Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan) Meja bantuan Negeri/PPD.

ATAU:-
Rujuk Soalan Lazim SPATKPM / APDM Ibu bapa di pautan di bawah:

Semoga perkongsian Kemaskini dan Login APDM 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.