Pendaftaran MySalam 2021 (Semakan Status)



Pendaftaran MySalam 2021 (Semakan Status)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan program MySalam? Perhatian buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan berpendapatan rendah B40 yang ingin membuat pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 tahun 2021. Untuk makluman anda, pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 2021 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi MySalam.

Pendaftaran MySalam 2020 Skim Perlindungan Nasional B40

Sedia maklum, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam. Skim Perlindungan Nasional B40 menawarkan perlindungan kesihatan kepada penerima yang layak bagi 36 jenis penyakit kritikal.

Pendaftaran MySalam 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 beserta syarat kelayakan dan manfaat skim MySalam:

Cara Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 Online

Seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan hanya beroperasi mulai 1 Mac 2019.

1. Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 boleh dibuat secara online menerusi pautan dibawah:
KLIK 👉 https://www.mysalam.com.my

Syarat Kelayakan Permohonan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40

1. Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.

Senarai Penyakit Dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40

Antara senarai penyakit dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40 adalah seperti berikut:

1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Pelecuran Tahap Ketiga

Manfaat MySalam Skim Perlindungan Nasional B40

1. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.

2. Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di:

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

Selamat membuat Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.