Pengambilan TLDM 2020 Online (Navy)



Pengambilan TLDM 2020 Online (Navy)|BILAKAH tarikh pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Navy tahun 2020? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat pengambilan Perajurit Muda Laut TLDM ambilan tahun 2020. Untuk makluman anda, pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup bulan Mac 2020.

Pengambilan TLDM 2020 Online (Navy)

Pengambilan TLDM 2020 Online (Navy)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan aplikasi pengambilan TLDM beserta syarat kelayakan akademik dan kelayakan asas:

Borang Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020

1. Calon perlu memasukkan maklumat peribadi yang lengkap di Portal Rasmi JOMMASUKTENTERA.

2. Bagi calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan awal Perajurit Muda TLDM Siri 219/2019.

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TLDM 2020

Antara Syarat Kelayakan Akademik dan Asas TLDM 2020 adalah seperti berikut

A. Syarat Kelayakan Akademik

1. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. Syarat Kelayakan Asas

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

2. Taraf perkahwinan bujang.

3. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

5. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

6. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

7. Syarat minimum ukuran fizikal
◾Berat badan: Minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5kg (wanita)
◾Ketinggian: Tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita)
◾Body Mass Index (BMI): Di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita)
◾Ukuran badan: Minima bagi lelaki adalah 76sm

Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Pemilihan Perajurit Muda TLDM 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

Email: pengambilantldm@navy.mil.my
No. Tel: 03 - 2071 3303/3177

Semoga perkongsian Pengambilan Perajurit Muda Udara TLDM tahun 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.