Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2021 Online



Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2021 Online|BILAKAH tarikh permohonan Program IGEMS tahun 2021 bakal dibuka? Berita baik buat warga Selangor berusia 40 tahun ke bawah dan perkahwinan pertama yang berminat membuat permohonan Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2021 secara online. Untuk makluman anda, permohonan Program IGEMS 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 18 November 2019 menerusi laman sesawang igems.yawas.my.

Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online

Sedia maklum, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) melalui pemberian insentif RM300 seorang bagi perkahwinan pertama. Bagi yang berkahwin 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, permohonan boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020. Manakala bagi yang berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan. Program Insentif Generasi Muda Selangor ini bertujuan kesinambungan Insentif Perkahwinan Belia Selangor (IPB) dengan penambahbaikan pengisian kursus kekeluargaan selain insentif RM300 khusus bagi para belia negeri Selangor yang baru mendirikan rumahtangga.

Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan IGEMS beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen sokongan:

Cara Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2021 Online

1. Pendaftaran Program IGEMS boleh dibuat secara online mulai 18 November 2019 menerusi laman sesawang iGems YAWAS seperti berikut:
KLIK 👉 http://igems.yawas.my/admin/online.php

2. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap.

3. Sila pastikan anda telah bersetuju bersama pasangan untuk memilih tarikh dan tempat pilihan program yang akan dihadiri.

4. Setelah pendaftaran dibuat, sila hantar dokumen sokongan dengan lengkap dan segera ke emel daftarigems@gmail.com (hantar dokumen LENGKAP dalam masa 14 hari selepas tarikh daftar). Jika YAWAS tidak terima dalam tempoh tersebut permohonan anda akan digagalkan.

5. YAWAS akan menghantar jemputan dan memaklumkan tempat kursus melalui surat jemputan yang akan dihantar menerusi emel anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Program IGEMS 2021

Antara Syarat Kelayakan Permohonan IGEMS adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Kelahiran Selangor atau Bukan Kelahiran Selangor
3. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 Tahun (Alamat MyKad mesti negeri Selangor)
4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
5. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
6. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
7. Berumur 40 tahun dan ke bawah
8. Pendaftaran dibuka bagi pasangan yang  telah berkahwin dari 1 September 2018 dan ke atas

Senarai Dokumen Sokongan Yang Disertakan

Antara Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan adalah seperti berikut:

1. Salinan IC Pemohon dan Pasangan
2. Salinan Sijil Perakuan Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam
3. Surat Pengesahan Mastautin (bagi yang bukan kelahiran Selangor)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di:

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 - 5481 8800
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

Selamat membuat permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.