Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)



Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)|ADAKAH anda ingin memiliki rumah sendiri? Berita baik buat anda yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berminat membuat permohonan Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 boleh dibuat secara online mulai 20 Ogos 2019 menerusi laman sesawang ePerumahan DBKL.

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)

Sedia maklum, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Perumahan Bandar bagi membantu golongan bujang yang kurang berkemampuan khususnya mereka yang datang dari luar kawasan Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak serta tidak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur. Ia merupakan inisiatif kerajaan menerusi DBKL untuk membantu golongan belia/ beliawanis yang baru bekerja di bandar terutama golongan yang berpendapatan B40.

Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online (Micro Housing)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar sewa:

Cara Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020 Online

1. Permohonan Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL boleh dibuat secara online di Laman Web ePerumahan DBKL menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/

2. Bagi yang mempunyai akaun, anda boleh Log Masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik pada butang 'Log Masuk'.

3. Anda perlu sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

i. Gambar pemohon bersaiz passport (1 keping sahaja)
ii. Salinan kad pengenalan pemohon (Perlu disahkan)**
iii. Salinan penyata gaji terkini (Perlu disahkan)**
iv. Salinan surat pengesahan bujang (disahkan oleh Majikan/ Jabatan Agama/ Jabatan Pendaftaran)

Info:
** Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Pengerusi Persatuan/Pertubuhan

Syarat Kelayakan Permohonan Perumahan Bandar DBKL 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Permohonan Perumahan Bandar DBKL adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berstatus Bujang (Belum berkahwin);
3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun;
4. Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019);
5. Tidak memiliki rumah dan tidak mempunyai kereta;
6. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25 km radius dari Perumahan Bandar; dan,
8. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan yang timbul sila berhubung terus dengan jabatan kami melalui e-mel ke eperumahan@dbkl.gov.my.

Selamat membuat Permohonan Perumahan Bandar DBKL tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.