Permohonan PPAM 2024 Online (Perumahan Penjawat Awam Malaysia)



Permohonan PPAM 2024 Online (Perumahan Penjawat Awam Malaysia)|ADAKAH anda merupakan seorang penjawat atau kakitangan awam? Berita baik buat kakitangan penjawat awam yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan PPAM 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi PPAM. Berikut dikongsikan Permohonan PPAM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan PPAM 2020 Online Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Permohonan PPAM 2024 Online (Perumahan Penjawat Awam Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan rumah PPAM beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Cara Permohonan Rumah PPAM 2024 Online

1. Pendaftaran
Daftar akaun anda menerusi pautan di www.ppam.gov.my dan akan mendapat notifikasi kata laluan melalui email.

2. Permohonan
Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan.

3. Pilihan Projek
Pilih jenis unit yang ada bagi projek pilihan anda.

4. Pengundian
Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan digunakan oleh Bahagian PPAM.

5. Penawaran
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan paparan di dalam website PPAM.

6. Penjanjian Jual dan Beli
Anda dimohon menyediakan bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual dan Beli.

7. Penyerahan Kunci
Sebaik sahaja project mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) , kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi

Jenis Rumah dan Saiz Yang Ditawarkan

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Syarat Kelayakan Permohonan PPAM 2024

Antara syarat kelayakan permohonan PPAM adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon
◾Penjawat awam yang telah pencen dan kontrak boleh memohon
◾Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa
◾Moratarium selama 10 tahun akan dikenakan dimana-mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan

Cara Hubungi 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai PPAM, boleh hubungi melalui:

Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 32, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

No. Telefon: +603-80008000
No. Fax: +603-88915588
Emel: bantuan.ppam@kpkt.gov.my
KLIK 👉 Soalan Lazim

Selamat membuat Permohonan PPAM Perumahan Penjawat Awam Malaysia tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.