Permohonan Program Subsidi Carseat 2020 Online



Permohonan Program Subsidi Carseat 2020 Online|BILAKAH tarikh pendaftaran Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Carseat) tahun 2020? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan program Subsidi Carseat 2020 boleh dibuat secara online mulai 2 hingga 15 Disember 2019 menerusi http://www.safensound.com.my.

Permohonan Program Subsidi Carseat 2020 Online

Sedia maklum, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan untuk semua kenderaan persendirian bermula Januari 2020. Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360 °, BMW Malaysia telah bekerjasama dengan Safe’ n Sound dan Childline Foundation untuk memperkenalkan ‘Dari Hari Pertama’, sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi baru lahir.

Permohonan Program Subsidi Carseat 2020 Online 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi Permohonan Program Subsidi Carseat beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Pendaftaran Program Subsidi Carseat 2020 Online

1. Pendaftaran Program Subsidi Carseat boleh dibuat secara online mulai 2 Disember 2019 menerusi laman sesawang http://www.safensound.com.my. Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi.

2. Terima E-mel Pengesahan
150 orang penerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi yang terpilih akan menerima e-mel pengesahan.

3. Bayar & Ambil
Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe'n Sound di Glenmarie, Shah Alam.

Penerima perlu membawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.

Syarat Kelayakan Program Subsidi Carseat 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Program Subsidi Carseat adalah seperti berikut:

1. Program Subsidi ini terbuka kepada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.

2. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg.

3. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

4. Hanya satu penyertaan setiap keluarga – penyertaan secara pukal tidak akan diterima.

5. 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.

6. Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.

7. Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.

8. Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

9. Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.

10. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja.

11. Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe ‘n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan.

Selamat membuat permohonan Program Subsidi Carseat tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.