Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)|ADAKAH anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anak jati negeri Pulau Pinang dan mempunyai pendapatan rendah yang berminat membuat permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Pulau Pinang tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024 boleh dibuat secara atas talian menerusi Laman Web eRumah Penang.

Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2020 Online

Sedia maklum, Rumah Mampu Milik Pulau Pinang merupakan inisiatif yang disediakan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana di Pulau Pinang yang belum memiliki rumah impian sendiri. Selain RMM Pulau Pinang, terdapat negeri lain yang mempunyai skim perumahan sendiri sebagai contoh Rumah Selangorku (Negeri Selangor), Rumah Mampu Milik Johor (Negeri Johor) dan Rumah RUMAWIP (Wilayah Persekutuan).

Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Penang 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi eRumah Penang secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan RMM Pulau Pinang

2. Isikan maklumat yang diminta dengan  lengkap (Cth: Semakan Syarat, Pilihan Perumahan, Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan, Maklumat Tanggungan dan Maklumat Tambahan).

3. Klik pada butang 'SETERUSNYA'.

4. Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024

Antara syarat kelayakan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
3. Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
4. Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
5. Bekerja di Pulau Pinang
6. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
7. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
8. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
9. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
10. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00

Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
2. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan
3. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
4. Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
5. Salinan slip SPR

Semakan Status Rumah Mampu Milik Pulau Pinang 2024

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMM Penang, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 20, Komtar
10503 Pulau Pinang

Selamat membuat permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang tahun 2024 secara online!

1 comment:

  1. Lama dah menunggu rumah mampu milik ni, masih lagi dalam proses menunggu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.