Semakan Baki Pinjaman LPPSA 2023 Online



Semakan Baki Pinjaman LPPSA 2023 Online|BAGAIMANA cara membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan kakitangan awam secara online? Perhatian buat anda pemohon yang membuat permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan baki pinjaman LPPSA 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web LPPSA dan juga perkhidmatan SMS. Berikut dikongsikan Semakan Baki Pinjaman LPPSA 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Baki Pinjaman LPPSA 2020 Perumahan Kerajaan

Sedia maklum, mulai dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semakan Baki Pinjaman LPPSA 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan baki pinjaman LPPSA secara online dan SMS:

Cara Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan 2023

1. Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online

- Semakan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA boleh dibuat menerusi Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu pada pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SPPB LPPSA

- Pengguna baru diingatkan untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum mengakses ke laman web tersebut.
KLIK - DAFTAR BARU

- Sila log in masuk dan masukkan Kata Laluan.

2. Semakan Pinjaman LPPSA Melalui SMS

Taipkan:
LPPSA <jarak> BAKI <jarak> No. Kad Pengenalan dan Hantarkan ke 15888

Contoh: LPPSA BAKI 651024261010 dan Hantar SMS ke 15888

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan LPPSA, sila hubungi di:

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Selamat membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.