Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)



Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)|BAGAIMANA cara membuat semakan rekod atau laporan CCRIS? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan rekod CCRIS secara online. Untuk makluman anda, semakan CCRIS 2020 boleh dibuat secara online menerusi Sistem eCCRIS BNM. Berikut dikongsikan cara semakan CCRIS secara online melalui eCCRIS buat rujukan anda.

Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)

Sedia maklum, Sistem CCRIS atau dikenali sebagai Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Sebelum ini rakyat Malaysia hanya memperoleh laporan CCRIS di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM). Antara maklumat yang akan terkandung dalam laporan kredit CCRIS adalah seperti pinjaman tertunggak, saman, pinjaman PTPTN dan juga status muflis.

Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan rekod CCRIS secara online melalui Sistem eCCRIS:

Cara Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

1. Datang sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendaftarkan butiran peribadi di alamat seperti berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur

2. Daftar sebagai pengguna di Kiosk CCRIS yang terdapat di BNM.

3. Pada halaman utama, sila pilih bertanda CCRIS dan klik butang tersebut.

4. Masukkan No. Kad Pengenalan/ dan No. Telefon anda.

5. Kemudian, klik pada butang 'Teruskan'.

6. Anda akan menerima nombor PIN 6 angka di telefon yang telah didaftarkan tadi.


Cara Login Masuk Portal eCCRIS

1. Anda perlu login masuk ke laman web eCCRIS secara online di https://eccris.bnm.gov.my/.

2. Klik pada 'Log Masuk Kali Pertama'.

Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)

3. Pilih 'Kewarganegaraan' pada ruangan disediakan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. PIN 6 Angka dan klik pada butang 'Hantar'.

Semakan CCRIS 2020 Online (Cara Login)

4. Daftar ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik pada butang 'Hantar'.

5. Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan dan klik pada butang 'Hantar'.

6. Login semula dengan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan tadi. Selepas itu, pilih 'CARIAN' dan klik pada 'Carian Sendiri'.

7. Tick pada 'I Agree' dan klik pada 'Carian Laporan'.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
Malaysia

No. Tel: 1300 - 88 - 5465 (BNMTELELINK)
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Selamat membuat Semakan CCRIS 2020 secara online Melalui Sistem eCCRIS!

No comments

Powered by Blogger.