Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sembilan (Astro Go)



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sembilan (Astro Go)|NANTIKAN drama bergenre seram thriller berjudul 'Sembil9n’ yang juga merupakan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Pelakon Malaysia dibintangi oleh Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani dan Sara Ali manakala bintang Indonesia adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten. Drama Sembil9n boleh distrim secara percuma untuk semua pelanggan Astro di aplikasi Astro GO mulai 6 Disember 2019. Drama 10 episod ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan terbitan dibawah Astro Shaw.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sembilan

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sembilan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Sembilan (Astro Go) termasuk sinopsis dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Sembilan (ASTRO GO)

JUDUL : SEMBIL9N
EPISOD : 10 episod
PENULIS SKRIP : Salman Aristo
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Astro Shaw
PELAKON : Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz
Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz, Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono, Roy Marten

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang seorang pelacur bernama Rimbun (Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah. Rimbun dikenali sebagai pelacur yang sanggup melayan sesiapa sahaja yang melanggannya.

Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (Bima Azriel). Sehinggalah pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.

Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu. Setelah sembilan tahun berlalu sejak kehilangan misteri Taduh, Rimbun menyesali kehidupan ‘gelap’ zaman lampaunya dan sudah bertaubat ke jalan lurus. Rimbun juga dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi dan mengharapkan agar bayi ini mampu mengubat kerinduannya kepada Taduh.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah. Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan?

No comments

Powered by Blogger.