Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 Online (Dana Inspirasi Malaysia)



Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 Online (Dana Inspirasi Malaysia)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda para ibu bapa dan pelajar yang ingin membuat Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YAPEIM 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) dan manual mulai 1 Disember 2019 hingga tarikh tutup 31 Januari 2020.

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 Online (Dana Inspirasi Malaysia)

Sedia maklum, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Dana Inspirasi Malaysia. Inisiatif ini juga dapat memberi bantuan kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada keluarga B40 bagi memulakan sesi persekolahan serta persediaan kemasukan ke IPT.

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 Online (Dana Inspirasi Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YAPEIM beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Tarikh Penting Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020

◾ Tarikh Dibuka: 1 Disember 2019
◾ Tarikh Ditutup: 31 Januari 2020

Borang Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) 2020

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang YaPEIM iaitu http://inspirasiku.yapeim.my/

Atau:
Memuatnaik turun borang permohonan daripada laman sesawang http://inspirasiku.yapeim.my/

Atau:
Mendapatkan borang permohonan di 212 buah cawangan Ar Rahmu YaPEIM atau Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM.

2. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu :

i. Satu salinan kad pengenalan pemohon
ii. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
x. Nombor akaun Bank

3. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

4. Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:

i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com
iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
v. Pejabat YAPEIM Negeri

Syarat Kelayakan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) 2020

Antara Syarat Kelayakan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YAPEIM 2020 adalah seperti berikut:

1. Permohonan mesti atas nama ibu bapa/penjaga.

2. Mestilah Warganegara Malaysia.

3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.

4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.

Kadar Bantuan

◾Pelajar Sekolah – Sehingga RM500
◾Pelajar Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 Online (Dana Inspirasi Malaysia)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
No. Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com
Laman Web Rasmi: http://yapeim.net.my/

Selamat membuat Permohonan Inspirasiku YAPEIM tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Bantuan Dana Inspirasi Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.