Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan 2022 (Borang)



Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan 2022 (Borang)|ADAKAH anda ingin mendapatkan bantuan persekolahan bagi tahun 2022? Berita baik buat anda yang bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan Labuan yang berminat membuat pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Labuan 2022 bakal dibuka mulai 2 Januari 2020 hingga tarikh tutup 31 Januari 2020.

Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan 2020 (Borang)

Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan 2022 (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Labuan 2022

1. Bagi pelajar bersekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi daripada Guru Biasiswa Baitulmal yang dilantik di sekolah masing-masing.

2. Bagi pelajar bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi di Unit Akademik, Zakat Fitrah & Sumber Am, Blog 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan 2022

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Labuan adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam
2. Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah
3. Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
4. Bermastautin di WP Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap.
5. Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
6. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah yang telah ditetapkan

Semakan Status Bantuan Baitulmal Labuan 2022

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, anda boleh layari Laman Web https://www.maiwp.gov.my/ atau FB Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

Selamat membuat Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Labuan tahun 2022!

No comments

Powered by Blogger.