Senarai Bantuan Kewangan KPM 2020 (Permohonan)



Senarai Bantuan Kewangan KPM 2020 (Permohonan)|ADAKAH anda ingin mendapatkan bantuan Kewangan bagi tahun 2020? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan bantuan kewangan KPM untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan pelbagai bantuan kewangan iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti, Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan OKU.

Senarai Bantuan Kewangan KPM 2020 (Permohonan)

Senarai Bantuan Kewangan KPM 2020 (Permohonan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 2020 termasuk cara permohonan dan kadar bantuan:

1. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bantuan kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau ringkasnya BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang. Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Kadar Bantuan:

RM300/sebulan @ RM1,800/semester

2. Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Bantuan kewangan Asasi IPTA adalah satu insentif daripada KPM untuk membantu pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.

Kadar Bantuan:

A. Elaun Wang Saku berjumlah RM2,500.00 setahun pengajian;
B. Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1,420.00 setahun pengajian; dan
C. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

3. Bantuan Kewangan OKU

Bantuan Kewangan OKU merupakan satu bantuan yang diberi keistimewaan kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai Kad OKU. Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu semua Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Kadar Bantuan:

Pelajar Sepenuh Masa – Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian. Penerima Biasiswa hanya layak wang saku sahaja. Kadar bantuan wang saku RM300/sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk pada RM5,000 setahun bagi kedua-dua elemen tersebut.
Pelajar Separuh Masa – Bantuan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian.

4. Program Pendidikan Khas (PPK)

Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU bagi kategori masalah pendengaran yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja. Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.

Kadar Bantuan:

A. RM3,660.00 untuk semester pertama;
B. RM3,360.00 untuk semester 2 sehingga semester 4

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor.

No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

Semoga perkongsian Senarai Bantuan Kewangan KPM 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Assalam,macam mana nak mohon bantuan tu espcially yg bantuan ke IPTA?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.