Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela



Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela|NANTIKAN drama bersiri terbaru yang diadaptasi berjudul 'I Love You Cikgu' karya Imanisa Riana bakal ditayangkan mulai 3 Januari ini setiap Jumaat hingga Ahad jam 7 malam di slot Widuri TV1. Bakal dibintangi pelakon seperti Sean Lee dan Hanna Aqeela sebagai teraju utama. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan terbitan dibawah ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd.

Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela

Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama I Love You Cikgu (Slot Widuri TV1) termasuk sinopsis drama, sinopsis novel dan senarai pelakon:

Info Penting Drama I Love You Cikgu

JUDUL : I LOVE YOU CIKGU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Januari - 24 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 RTM
PENULIS SKRIP : Maizurah Ederis
PENULIS NOVEL : Imanisa Riana
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Taufiq Izmir, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo, Lavin Seow

WATAK PELAKON:

Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina
Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
Joyce Harn sebagai Lee Fong

SINOPSIS I LOVE YOU CIKGU:

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman?

No comments

Powered by Blogger.