Permohonan Protege TNB 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Protege TNB 2022 Online (Semakan Status)|ANDA berminat membuat permohonan Program Protege TNB? Apa itu Protege? Perhatian buat lepasan Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah dan PHD yang sedang menganggur ataupun yang sedang bekerja yang tidak setaraf dengan kelulusan. Untuk makluman anda, permohonan Program Protege TNB 2022 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi PROTEGE. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program Protege TNB 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Protege TNB 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) adalah penambahbaikan kepada Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan pada 28 Januari 2019. Objektif Protege diwujudkan bertujuan untuk membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Permohonan Protege TNB 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Protege TNB beserta syarat kelayakan permohonan, semakan status dan faedah penyertaan:

Cara Permohonan Protege TNB 2022 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan Protege TNB secara online menerusi pautan seperti berikut:

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap beserta dokumen penting yang diperlukan

Syarat Kelayakan Permohonan Protege TNB 2022

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Protege TNB adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
3. SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
4. Had umur tidak melebihi 28 tahun.
5. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
6. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
7. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
8. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga).
9. Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Faedah Penyertaan

1. Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
2. Kelayakan cuti sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan.
3. Tertakluk Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan.
4. Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan. Cuti MC 3 hari

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Professional Training & Education For Growing Entrepreneurs (Protege)
Aras 2, Blok E4/5, Parcel E
Kementerian Pembangunan Usahawan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62668, Putrajaya

No. Tel: 03 - 9993 6173

Selamat membuat Permohonan Protege TNB tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya menjadi peserta Protege TNB!

No comments

Powered by Blogger.